Selagi boleh senyum, kita senyum
Selagi boleh ketawa, kita ketawa
Selagi boleh gembira, kita gembira
Entah bila nikmat itu akan ditarik?
Bila tiba masanya, kita akan mula rindu
Tak semua orang boleh rasa...
Ren
Wednesday 29 April 2015
Saturday 18 April 2015
Janji
Orang kenal memang ramai, sua muka say 'hi'
Sana-sini suka-suka, lepak-lepak tak ingat dunia
Masa senang, masa gembira muncul tak kira masa
Datang kelam, gelap, semua hilang
Dari say 'hi' jadi say 'bye bye'
Susah sorang-sorang, senang ramai-ramai
Biasalah, dah tau masing-masing punya perangai
Ada yang bila jumpa, buat-buat tak kenal
Hahaha drama dunia
Nak cari yang setia memang tak ramai
Bersyukurlah sebab kamu, kamu dan kamu tak ubah perangai
Susah senang, masih lagi boleh pakai
InsyaAllah kita setia sampai meninggal.
Janji.

Monday 13 April 2015
Tunduk
Kau takkan pernah bersyukur selagi kau tidak diuji
Kau takkan pernah rasa menyesal selagi kau tidak kehilangan
Kau takkan pernah rasa sedih selagi kau tak derita
Sekali sekala pandanglah ke belakang
Jenguk-jenguk orang yang tertinggal.
Kau takkan pernah rasa menyesal selagi kau tidak kehilangan
Kau takkan pernah rasa sedih selagi kau tak derita
Sekali sekala pandanglah ke belakang
Jenguk-jenguk orang yang tertinggal.
Saturday 11 April 2015
Tekad
Selangkah demi selangkah kau ingin berubah
Dengan kekuatan yang kau kumpul
Kudratmu makin bertambah
Sehingga kau tiba ke penghujungnya
Asal ada tekad dan tawakal
Jangan mudah mengalah
Ren
Dengan kekuatan yang kau kumpul
Kudratmu makin bertambah
Sehingga kau tiba ke penghujungnya
Asal ada tekad dan tawakal
Jangan mudah mengalah
Ren
Wednesday 8 April 2015
Tafakur Sejenak
Tak larat, bukan masa untuk mengejar
Cuba diam dan nikmati hidup yang singkat
Hargai apa yang Dia beri seadanya...
REN
Cuba diam dan nikmati hidup yang singkat
Hargai apa yang Dia beri seadanya...
REN
Tuesday 7 April 2015
Maaf Aku Penat
Sedikit alpa, lupa pada apa yang kau ada untuk mengejar yang tak pasti
Sehingga menjadikan kau hilang kebanyakan masa lalu mu
Sehingga menyebabkan kau rindu pada apa yang kau pernah ada
Tak larat...
Maaf aku penat.
Sehingga menjadikan kau hilang kebanyakan masa lalu mu
Sehingga menyebabkan kau rindu pada apa yang kau pernah ada
Tak larat...
Maaf aku penat.
Monday 6 April 2015
Hanya Dengan Izin
Bila kita selalu mencuba untuk menjadi yang terbaik
Mencuba dan terus mencuba sehingga kita lupa
Kita selalunya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak
Dan kita juga selalu lupa, kehidupan itu paksinya satu
Biar ia berputar mengikut paksinya
Di atas dan di bawah, sentiasa bersilih ganti
Teruskan mencuba, walau rasa putus asa itu datang
Teruskanlah...walau kau tahu apa yang kau cari itu
Belum tentu akan kau temui
Hanya dengan izin...

Thursday 2 April 2015
Awan
Kisahnya, bila kau berada tinggi di langit
Melihat tompok-tompok awan pelbagai tona
Ada yang putih bersih umpama kapas
Ada yang hitam gelap umpama baldu
Ada yang tebal, bergegar pesawat bila lalu
Ada yang nipis, telus ibarat kain satin bersinar di angin lalu
Kata DIA, rezeki paling luas ada di langit
Ya...kata DIA
Tafsiranku, walau awan itu satu namun tetap pelbagai bentuknya
Pelbagai tonanya
Dan pelbagai fungsinya
Terpulang pada manusia untuk merungkai rahsianya.

Pesawat
Kau melihat sebuah pesawat, besar
Bagaimana jentera sebesar itu boleh terbang tinggi?
Melayang bak kertas di angkasa?
Bijaksananya manusia atas kurniaanNya
Sehingga kau di dalamnya, meredah awan
Baru kau sedar yang sebenarnya pesawat itu kecil
Ibarat tompokan dakwat di lautan
Tidak terjejas putaran alam
Bukti DIA lebih berkuasa
Dan kita hanya selemah-lemah manusia.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Madah PuJanggel
Semua yang terlintas di fikiran, duluahkan di atas lembaran kata-kata bernama Madah PuJanggel. Walau tak sempurna, namun ianya cukup mengg...
-
Kerana Kau, satu dunia merana. Kerana Kau, hidup manusia tergendala. Kerana Kau, ramai jasad kehilangan nyawa. Kerana Kau, dunia terhenti...
-
Kalau dia ada... KALAU
-
Rasa bahagia itu bila... Kau tahu dia gembira Kau sanggup berbuat apa saja untuknya Kau seronok berada selalu dengannya Kau terlalu ris...