Skip to main content

Penuh Padi Menunduk

Kalau padi itu masak, pohonnya semakin menunduk
Beralun-alun ditiup angin, semakin berat, semakin berayun
Tanda isinya sudah tersedia untuk dituai.

Jangan jadi lalang yang makin ditiup semakin longlai,
Terhoyong hayang tanpa arah
Hasil tiada, malah terhiris jari boleh luka.

Hidup kena belen (baca: balance),
Jangan lebih, jangan kurang
Kerana yang lebih bukan milik kita,
Dan yang kurang juga tanda kita belum cukup usaha.

Ren.

Comments

Popular posts from this blog

Hujan

Semalam akan kekal jadi semalam
Bila apa yang berlaku ditinggalkan bersama masa, berlalu tanpa makna...  Dengarkan bunyi itu, guruh di langit Semakin lama semakin kuat... Menghentak-hentak ruang hatimu yang kian sunyi Menggantikan kesedihanmu dengan titis-titis hujan Semakin lama semakin lebat, basah pipi mu yang tidak pernah kering dengan air mata. Sampai bila? Entah  Kau tahu Dia mendengar rintihanmu Kau tahu Dia melihat kesedihanmu Kau tahu Dia merasai ketakutanmu Sehingga suatu masa Dia akan menggantikannya dengan cahaya Terang lalu mengeringkan kebasahan Menghilangkan kesedihan Menyinarkan kekuatan Cuma perlu bersabar Kerana Dia tidak pernah lupa Untuk menggembirakan hamba-hambanya.

Happy Friendship Day!

Cukuplah saya dengan kawan-kawan yang ada di sekeliling
Kawan-kawan yang dah kenal saya sejak berbelas tahun yang lalu
Kawan-kawan yang faham apa yang saya buat...

Saya tak perlukan kawan yang fake, yang bermuka-muka dan yang mengambil kesempatan
Itu semua bukan keperluan bagi saya sekarang ini.
Kehendak jauh sekali.

Biar orang cakap, kawan tak ramai, asyik dengan circle yang sama je. Takpe asalkan kita tak menyakiti orang lain dan tak perlu bermuka-muka untuk mendapatkan perhatian orang lain.

I love all my friends!!! Walaupun ianya boleh dibilang dengan jari. You know who you are.

Happy friendship day!