Skip to main content

Hujan

Semalam akan kekal jadi semalam
Bila apa yang berlaku ditinggalkan bersama masa, berlalu tanpa makna... 
Dengarkan bunyi itu, guruh di langit
Semakin lama semakin kuat...
Menghentak-hentak ruang hatimu yang kian sunyi
Menggantikan kesedihanmu dengan titis-titis hujan
Semakin lama semakin lebat, basah pipi mu yang tidak pernah kering dengan air mata.
Sampai bila? Entah 
Kau tahu Dia mendengar rintihanmu
Kau tahu Dia melihat kesedihanmu
Kau tahu Dia merasai ketakutanmu
Sehingga suatu masa
Dia akan menggantikannya dengan cahaya
Terang lalu mengeringkan kebasahan
Menghilangkan kesedihan
Menyinarkan kekuatan
Cuma perlu bersabar
Kerana Dia tidak pernah lupa
Untuk menggembirakan hamba-hambanya.


Comments

Popular posts from this blog

Happy Friendship Day!

Cukuplah saya dengan kawan-kawan yang ada di sekeliling
Kawan-kawan yang dah kenal saya sejak berbelas tahun yang lalu
Kawan-kawan yang faham apa yang saya buat...

Saya tak perlukan kawan yang fake, yang bermuka-muka dan yang mengambil kesempatan
Itu semua bukan keperluan bagi saya sekarang ini.
Kehendak jauh sekali.

Biar orang cakap, kawan tak ramai, asyik dengan circle yang sama je. Takpe asalkan kita tak menyakiti orang lain dan tak perlu bermuka-muka untuk mendapatkan perhatian orang lain.

I love all my friends!!! Walaupun ianya boleh dibilang dengan jari. You know who you are.

Happy friendship day!