Cahaya bila ia tiba, ramai yang akan gembira.
Kehadirannya memulihkan semangat yang semakin jatuh dalam diri manusia.
Bila cahaya itu pudar, maka semangat juga akan luntur...luluh ibarat dibasuh hujan derita.
Angin, bila ia tiba sepoi-sepoi bahasa,
Ramai yang memuji, ramai yang sukakannya, tak kira dari mana datangnya ia.
Namun bila ia bertukar menjadi taufan, semua gerun, pincang dan derita.
Air, bila ia dingin, tenang, bersih, tiada siapa yang mampu menyangkal kehebatannya.
Ibarat mati jika tidak memilikinya.
Tapi jika ia menjadi bah, musnah, rebah apa yang ditelannya.
Begitulah ibaratnya kehadiran manusia. Diri memilih antara dua, bahagia atau derita.
satu jasad pelbagai karektor, semuanya dipandu akal dan fikiran.
Jika ia terkeluar dari landasannya, maka semuanya akan binasa.
Maka disitulah peranan seorang khalifah.
Ren