Friday 28 November 2014

Bayu Dan Rumput

Ibarat bayu yang menghembus lesu, hadirnya sekali sekala membuat jiwa resah gelisah. 

Dia ibarat rumput, di pijak-pijak tetap setia menghias padang. 

Harapan Sang Bayu

Sesegar bayu petang ini,
Dia melihat helaian daun kering yang berterbangan, rapuh
Membawa bersama harapan yang besar
Namun Satu demi satu singgah di permukaan
Tersangkut pada akar, dahan, batu, hujan...
Meninggalkan kesan yang dalam
Memahat hati untuk terus bertahan
Sehingga harapan terakhir itu sampai
Bersama bayu petang ini...

Ren

Wednesday 26 November 2014

Selamat Hari Lahir Ibu

Sejak dulu, ibu mengajar aku untuk memandang ke hadapan. Tidak terlalu mendongak ke langit dan tidak juga terlalu menunduk ke bumi. Semuanya berlandaskan kepada paksi yang selari.

Sehinggalah aku mampu berfikir sendiri, mampu menentapkan arah dan tunjuan hidup dan mampu untuk memilih samada mahu terus mendongak atau menunduk. Namun, pesanan itu akan tetap menjadi paksi kehidupanku.

Selamat hari lahir buat ibu.

Tuesday 18 November 2014

Kemelut

Tidak semua yang kita inginkan itu mudah untuk dicapai. Segala-galanya bergantung kepada usaha dan kesungguhan kita untuk mendapatkannya. Bila datang susah, ada yang mudah mengalah, dan ada juga yang tidak mudah menyerah.

Di mana letaknya dirimu? Antara dua itu, pasti semua pernah melaluinya. Kemelut untuk menjadi seseorang yang lebih baik, dalam masa yang sama bergelut dengan kitaran alam yang sentiasa berulang. Atas dan bawah, tepi dan tengah, hadapan dan belakang, masing-masing pasti pernah singgah di antaranya. Percaturan hidup yang tidak pernah mudah.

Ren

Dia

Kadangkala bila ada sedikit ruang, kita akan cuba untuk duduk sendirian sambil berfikir tentang perihal hidup. Apa saja, mengenai hati dan perasaan, mengenai untung nasib diri, mengenai masa hadapan yang belum tentu tenggelam dan timbulnya....segala-galanya. Hanya pada satu masa yang singkat.

Selebihnya kita akan sibuk dengan apa yang kita usahakan seharian. Ada kalanya hingga terlupa pada ke sesuatu yang lebih penting dari segalanya.

DIA.

Thursday 13 November 2014

Hati Manusia Yang Kejam

Sekelip mata, masa berlalu pergi dengan kejam tanpa pernah menunggu aku untuk mengatur apa yang dirancang. Manusia datang dan pergi, manusia juga mudah berubah hati. Sekuat manapun kau cuba untuk menonjolkan diri, tapi jika bukan takdirmu dan kau tidak sehebag mereka-mereka itu, tetap tidak akan ada sesiapa yang peduli.

Ingatlah, sekali hati ini terluka, selama-lamanya parut ini akan kelihatan. Aku tidak suka menangis, tapi kerana kamu aku menangis. Kerana apa yang pernah berlaku dan apa yang sedang berlaku. Aku tidak kuat untuk menghadapi situasi ini. Dalam paksa aku meminta-meminta. Apakan daya aku tak mampu, aku bukan siapa2. Aku manusia biasa yang mudah dipermainkan dan diperkotak katikkan. 

Sunday 9 November 2014

Senyumlah

Bila resah itu datang, kau senyumlah
Jangan kalah pada nasib
Sehingga kau temua cahaya kehidupan.

Ren

Sunday 2 November 2014

Pencarianmu

Hidup adalah satu pencarian,
Semakin terang jalan itu, semakin luas ruang pencarianmu.
Teruskanberjalan untuk kau temui apa yang kau cari.

Ren

Madah PuJanggel

Semua yang terlintas di fikiran, duluahkan di atas lembaran kata-kata bernama  Madah PuJanggel.  Walau tak sempurna, namun ianya cukup mengg...