Thursday 25 December 2014

Langit Tidak Selalunya Kelam

Musibah datang bertimpa-timpa
Tanpa kehendak, makin runcing ibarat telur dihujung tanduk
Bertahanlah, bersabarlah, bertabahlah
Ujian tanda sayang
Ujian tanda kasih
Ujian tanda kita disuruh mengingati Dia
Langit tidak selalunya kelam...

Tuesday 9 December 2014

Usah Patah

Semalam, sewaktu kau melangkah keluar dari belenggu kehidupan yang parah, kau baru sedar yang dunia tidak pernah zalim. Mereka itu yang menzalimi diri mereka sendiri sehingga mengheret kau untuk sama berlaku zalim. Patah sebelum berjuang. 

Tuesday 2 December 2014

Sempurnakah Mereka?

Dalam mengatur kehidupan, tak pernah wujud kesempurnaan. Kerana manusia itu sifatnya tidak pernah sempurna, dan kerana itu mereka perlu saling melengkapi.

Aku berbeza, begitu juga dia. Ditolak aku jatuh, menolak kau juga turut jatuh, sifatnya sama, cuma cara jatuhnya mungkin berbeza.

Faham? Itu lumrah alam. 

Friday 28 November 2014

Bayu Dan Rumput

Ibarat bayu yang menghembus lesu, hadirnya sekali sekala membuat jiwa resah gelisah. 

Dia ibarat rumput, di pijak-pijak tetap setia menghias padang. 

Harapan Sang Bayu

Sesegar bayu petang ini,
Dia melihat helaian daun kering yang berterbangan, rapuh
Membawa bersama harapan yang besar
Namun Satu demi satu singgah di permukaan
Tersangkut pada akar, dahan, batu, hujan...
Meninggalkan kesan yang dalam
Memahat hati untuk terus bertahan
Sehingga harapan terakhir itu sampai
Bersama bayu petang ini...

Ren

Wednesday 26 November 2014

Selamat Hari Lahir Ibu

Sejak dulu, ibu mengajar aku untuk memandang ke hadapan. Tidak terlalu mendongak ke langit dan tidak juga terlalu menunduk ke bumi. Semuanya berlandaskan kepada paksi yang selari.

Sehinggalah aku mampu berfikir sendiri, mampu menentapkan arah dan tunjuan hidup dan mampu untuk memilih samada mahu terus mendongak atau menunduk. Namun, pesanan itu akan tetap menjadi paksi kehidupanku.

Selamat hari lahir buat ibu.

Tuesday 18 November 2014

Kemelut

Tidak semua yang kita inginkan itu mudah untuk dicapai. Segala-galanya bergantung kepada usaha dan kesungguhan kita untuk mendapatkannya. Bila datang susah, ada yang mudah mengalah, dan ada juga yang tidak mudah menyerah.

Di mana letaknya dirimu? Antara dua itu, pasti semua pernah melaluinya. Kemelut untuk menjadi seseorang yang lebih baik, dalam masa yang sama bergelut dengan kitaran alam yang sentiasa berulang. Atas dan bawah, tepi dan tengah, hadapan dan belakang, masing-masing pasti pernah singgah di antaranya. Percaturan hidup yang tidak pernah mudah.

Ren

Dia

Kadangkala bila ada sedikit ruang, kita akan cuba untuk duduk sendirian sambil berfikir tentang perihal hidup. Apa saja, mengenai hati dan perasaan, mengenai untung nasib diri, mengenai masa hadapan yang belum tentu tenggelam dan timbulnya....segala-galanya. Hanya pada satu masa yang singkat.

Selebihnya kita akan sibuk dengan apa yang kita usahakan seharian. Ada kalanya hingga terlupa pada ke sesuatu yang lebih penting dari segalanya.

DIA.

Thursday 13 November 2014

Hati Manusia Yang Kejam

Sekelip mata, masa berlalu pergi dengan kejam tanpa pernah menunggu aku untuk mengatur apa yang dirancang. Manusia datang dan pergi, manusia juga mudah berubah hati. Sekuat manapun kau cuba untuk menonjolkan diri, tapi jika bukan takdirmu dan kau tidak sehebag mereka-mereka itu, tetap tidak akan ada sesiapa yang peduli.

Ingatlah, sekali hati ini terluka, selama-lamanya parut ini akan kelihatan. Aku tidak suka menangis, tapi kerana kamu aku menangis. Kerana apa yang pernah berlaku dan apa yang sedang berlaku. Aku tidak kuat untuk menghadapi situasi ini. Dalam paksa aku meminta-meminta. Apakan daya aku tak mampu, aku bukan siapa2. Aku manusia biasa yang mudah dipermainkan dan diperkotak katikkan. 

Sunday 9 November 2014

Senyumlah

Bila resah itu datang, kau senyumlah
Jangan kalah pada nasib
Sehingga kau temua cahaya kehidupan.

Ren

Sunday 2 November 2014

Pencarianmu

Hidup adalah satu pencarian,
Semakin terang jalan itu, semakin luas ruang pencarianmu.
Teruskanberjalan untuk kau temui apa yang kau cari.

Ren

Thursday 30 October 2014

Gambaran

Gambaran, antara nyata fantasi dan realiti
Ada satu garisan pemisah untuk manusia menilai di mana logiknya?
Samada apa yang terakam di minda itu indah atau sebaliknya,
Ia akan terus kekal selagi kekuatan ingatan itu kukuh.

Semakin gambaran-gambaran itu hilang,
Semakin itu kau akan kehilangan sebahagian daripada kehidupanmu.
Satu nikmat yang ditarik sedikit demi sedikit,
Supaya kau semakin dekat pada penciptamu.

Ren

Saturday 4 October 2014

Penyembuh

Dan ketika kau bersedih,
Alam juga seakan mengerti perasaanmu,
Setiap pukulan ombak
Setiap hembusan bayu
Setiap panahan mentari
Seakan selari dengan jiwa, merintih dan terluka

Namun, Dia tetap ada... menyembuhkan sengsara mu
Dengan keindahan ciptaanNya
Yang kau lihat... Tenang.

Ren

Tuesday 30 September 2014

Perjalanan

Pilihan ada di mana-mana,
Hanya kau yang perlu menentukan arahnya, tujuannya, destinasinya.

Jika merah, berhenti
Jika kuning, bersedia
Jikau hijau, teruslah berkelana
Setiap perjalanan itu ada peraturannya.

Ren

Monday 29 September 2014

Kenapa Kau Suka lautan?

Kenapa kau suka lautan?
Kerana bila kau berdiri di hadapannya,
Merenung keluasannya...
Ketika itu, semua masalah kelihatan kecil dan kau akan tenang...

Rahsia alam.

Ren

Wednesday 24 September 2014

Rasa Hati

Pergilah duka, pergilah lara
Jangan singgah bertunggul mati
Sampai hilang seri

Penawar hati, penawar jiwa
Senyum di wajah biar tenang
Tanda rasa indah itu datang.

Ren

Monday 22 September 2014

Penafian

Sampai hujung waktu berlalu, diam
Kau kaburkan pandanganmu,
Menolak setiap apa yang kau lihat
Menafikan setiap apa yang kau dengar
Baris-baris ayat seakan laluan masa
Hanya tanpa makna
Kaku dan semakin kabur
Sumpah diri ini tidak akan lupa
Sampai hujung nyawa.

Ren

Friday 12 September 2014

Hanya Dengan izin DIA

Bila senja tiba, hati terpaksak memerhatikan kehadiranya
Pesona mata memandang, hati berkata...Indahnya dia.
Sayangnya, dia tak lama
Hilang ditelan malam, kelam
Dan belum tentu esok dia akan muncul semula
Hanya dengan izin DIA.

Ren

Monday 8 September 2014

Pudar

Berlari
Kau mengejar harapan yang kian hilang
Ditelan cahaya terang, silau
Lantas kau terhenti, kaki terpasak di gigi air, deras
Melihat harapan itu di seberang, kabur
Pilihannya?
Milik kita
Caranya?
Terpulang... kau punya akal
Berfikir segenap ruang
Kerana manusia tetap manusia.

Ren.

Suatu Masa

Suatu masa,
Langit akan berhenti biru
Padang akan berhenti hijau
Salji akan berhenti putih
Tasik akan berhenti jernih

Suatu masa,
Sungai akan berhenti mengalir
Laut akan berhenti beralun
Awan akan berhenti berarak
Angin akan berhenti menghembus

Dan bila tiba saat itu
Kita semua satu, dihitung kanan dan kiri
Bersesak sehingga tiba masa yang abadi.

Ren

Tuesday 2 September 2014

Lautan

Bila isi lautan terhias indah di daratan
Tanda pasang surut diatur indah, memukau pandangan
Tanda kau harus akur
Hidup tak selalunya musibah
Hidup juga tak selalunya indah
Erti percaturan, dari DIA dan kepada DIA
Tetapkanlah arahmu... Menuju abadi.

Ren

Tuesday 19 August 2014

Milik Dia

Di hadapanmu terbentang nyata hakikat dan kebenaran
Jika hijabmu terbuka luas
Tidak dibutakan oleh Nya
Lalai, tidak pada hati jika kau sedar hak mutlak kehidupan
Hidup ini milik DIA
Selamanya milik DIA

Ren

Saturday 19 July 2014

MH17

Berita itu sesuatu yang sukar buat semua.
Tunjukkanlah kesedihanmu, lepaskanlah perasaan itu
Agar semua tahu yang kita bersatu.

Takziah buat semua....Alfatihah.
#MH17

Ren

Friday 6 June 2014

Salam Taj Mahal

Ibarat sebuah cerita yang hilang
Dia membina lambang agung
Bagi membuktikan kesungguhannya
Mengenang cinta antara dua jiwa
Lantas
Berdiri megah satu tanda
Sebuah tugu yang penuh rasa
Sebuah istana untuk jiwa yang tidak bernyawa
Sekata dan adil di setiap paksi
Lambang cinta yang tidak berbelah bahagi.

Ku dambakan cinta agung
Agar muncul menyerah ke dalam hati
tenang dalam lesu
sehingga ia hadir suatu hari nanti

Salam Taj Mahal.

Ren

Monday 19 May 2014

Adakah Ini Dinamakan CINTA?

Adakah ini dinamakan CINTA?
Bertepuk tangan sebelah.
Mengintai dari ekor mata.
Mendengar dari hujung telinga.
Hanya dari sini, bukan di sebelah sana.
Adakah ini dikatakan CINTA?
Jika munculnya seketika,
Lalu menghilang ditelan masa.
Kau hilang, lenyap bagi dia...
Adakah itu masih dinamakan CINTA?

Ren

Thursday 15 May 2014

Ego

Merenung ke hadapan, indah...tanpa sedikit cela
Susuri laluan masa, sedikit demi sedikit... adakah ia mampu bertahan?
Campakkan ego kalian, kembalilah kepada ketenangan
Semoga jiwa ini terus tabah.

Ren

Wednesday 26 March 2014

Belasungkawa Baginda Tuanku

Belasungkawa duhai Baginda Tuanku
Setitis air mata kami ibarat selautan rindu
Hidup tak segan, mati tak malu
Ku sanjung tinggi peribadi dan sahsiah hidup mu...
Semoga Kau tenang di sana
Semoga Allah menempatkan mu bersama orang-orang yang soleh...

Al-Fatihah
Baginda Tuanku Sultan Perak
Sultan Azlan Muhibbudin Shah
1928-2014.
Sultan berjiwa rakyat.

#PerakBersedih

Madah PuJanggel

Semua yang terlintas di fikiran, duluahkan di atas lembaran kata-kata bernama  Madah PuJanggel.  Walau tak sempurna, namun ianya cukup mengg...